
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Sampaikan Ceramah Kepada Peserta Kursus Ptd
Cheras, 1 September 2020 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ramli Haji Din petang tadi sempat meluangkan masa menyampaikan ceramah kepada para peserta kursus Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini.
Dalam ceramah bertajuk 'Jenayah Narkotik Semasa' itu, Dato’ Ramli turut berkongsi pengalaman beliau memimpin JSJN sehingga mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan Pasukan dan negara di samping menerangkan cabaran semasa yang dihadapi PDRM untuk membanteras najis dadah mutakhir ini.
Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara bagi Modul Pengurusan Ketenteraman Awam itu diadakan bagi memberi pengetahuan tentang ilmu kepolisan di samping menerapkan nilai disiplin yang tinggi dalam diri setiap peserta kursus PTD agar lebih bersedia dalam mengharungi cabaran mendatang.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJN, DCP Dato' Kamarulzaman Mamat, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Tuan Abd Razak Md Zin serta para pegawai kanan JSJN.