Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Parut Kekal Memburu Komunis

Diterbitkan: 02 Sep 2020 6.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 2 September 2020 - Pengalaman menyertai lebih 15 operasi membanteras komunis di sempadan Malaysia-Thailand pada 1970-an ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) sukar dilupakan bekas pesara polis, Sarjan Mejar (Bersara) Md Satar Md Top, 65.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-parut-kekal-memburu-komunis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:55 MYT

Seremban, 2 September 2020 - Pengalaman menyertai lebih 15 operasi membanteras komunis di sempadan Malaysia-Thailand pada 1970-an ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) sukar dilupakan bekas pesara polis, Sarjan Mejar (Bersara) Md Satar Md Top, 65.

Beliau yang ketika itu bertugas di Batalion Ketiga PPH Ipoh, Perak berkata, antara operasi itu termasuk di kawasan Hulu Perak, Hulu Kelantan, mengawal pos kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah, operasi mencegah penyeludupan dan menjaga pos kawalan di sempadan Perlis.

Katanya, detik paling sukar dilupakan ketika memburu saki baki komunis dalam operasi 792 Alpha di kawasan sempadan Thailand dekat Padang Besar, Perlis.

“Dalam operasi itu, saya dan dua lagi rakan terpijak jerangkap samar yang dipasang komunis mengakibatkan saya parah di mata kiri, muka, perut dan paha.

"Kejadian itu berlaku jam 6 petang, 20 Februari 1979 ketika saya bersama 10 anggota PPH melakukan rondaan memburu saki baki komunis dalam hutan di sempadan Malaysia-Thailand," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya Senawang di Seremban.

Bacaan lanjut seperti dalam pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/kenangan-terpijak-jerangkap-sam…

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 3 people, text that says 'Pesara polis tidak lupa kenangan parah terkena jerangkap samar dalam operasi Oleh Mohd Amin ketika bertugas am
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2020 6.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM