
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadiri Mesyuarat 1st Malaysia Singapore Jwc
Kota Kinabalu, 5 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah menghadiri Mesyuarat 1st Malaysia–Singapor...
Kota Kinabalu, 5 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah menghadiri Mesyuarat 1st Malaysia–Singapore Joint Working Committee (JWC) Meeting on Cooperation in Preventing and Combatting Transnational Crimes, yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat ini diadakan di bawah kerangka pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) Malaysia–Singapura bagi Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Rentas Sempadan, yang telah ditandatangani pada 14 November 2024 di Singapura oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Minister for Home Affairs (MHA) and Minister for Law, Singapore, Mr. K Shanmugam.
Mesyuarat tersebut dihoskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman serta Permanent Secretary (Home Affairs Development), MHA Singapura, Mr. Tan Chye Hee.
Mesyuarat ini juga merupakan manifestasi hubungan erat dan tanggungjawab bersama antara Malaysia dan Singapura dalam memperkukuh keselamatan serantau, sejajar dengan hasrat yang dizahirkan oleh kedua-dua Perdana Menteri semasa 11th Malaysia–Singapore Leaders Retreat yang telah diadakan di Putrajaya pada Januari 2025.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)



