Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Iringi Mdn Di Program Jelajah Wira Madani 2025 Peringkat Ipd Putrajaya

Diterbitkan: 06 Nov 2025 1.20 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.54 PM
Putrajaya, 6 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Program Jelajah Wira MADANI 2025 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang berlangsung di Padang Kawad IPD Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iringi-mdn-di-program-jelajah-wira-madani-2025-peringkat-ipd-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:17 MYT
 
Putrajaya, 6 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Program Jelajah Wira MADANI 2025 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang berlangsung di Padang Kawad IPD Putrajaya, di sini.

Program tersebut bertujuan mempererat hubungan dengan wira barisan hadapan serta menzahirkan penghargaan kepada warga IPD Putrajaya atas sumbangan mereka dalam memastikan keselamatan di Pusat Pentadbiran Kerajaan MADANI.

Majlis yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik termasuk persembahan silat daripada Kelab Pembangunan Silat Kuala Lumpur, tarian tradisional oleh Tabika Perpaduan, juga pertunjukan seni mempertahankan diri T-Baton oleh warga IPD sendiri.

Turut berlangsung ialah penyampaian bantuan khas persekolahan dan cenderahati kepada 20 penerima terpilih daripada keseluruhan 592 penerima bantuan pra persekolahan Kerajaan MADANI. Para penerima terdiri daripada anak-anak warga IPD Putrajaya berumur antara 7 hingga 17 tahun.

Turut sama menjayakan program, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Julina Salehuddin, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of ‎one or more people, dais and ‎text that says '‎LAEAEA PEJABATPOLIS AHPUTRAJAYA డ్ర.దಾసಸ್ಿ (.ትዚክ/ግ/ክ P

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎ب الين WAИc UAMS جمب 頭 LAYSI ADAN EKA ih MALAYS MADA kerjaktera aat seti ada rakya MALAYSI

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people
May be an image of dais and text that says 'PEJABATPOLIS ATPOLIS RAH RAHPUTRAJAYA দমি ሎ PROGRAM E JELAJAH WIR HIADANI BANTUAN HHAS PER AN ANAH ANAH
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2025 1.20 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.54 PM