Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Kerja Ke Snn Sabah

Published: 14 Jan 2025 7.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-adakan-lawatan-kerja-ke-snn-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT
Sandakan, 14 Januari 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin mengadakan lawatan kerja sulung ke Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Sabah, di sini, semalam.

Dalam lawatan itu, Dato' Seri Khaw meminta agar para pegawai dan anggota SNN berusaha mencari maklumat risikan serta menjalankan operasi-operasi di kawasan sempadan tanpa gagal.

Beliau turut menekankan elemen penting SNN dalam menjalankan pembanterasan pengedaran dadah di negeri itu kerana kedudukan geografi yang bersempadan dengan negara-negara jiran.

Dato' Seri Khaw turut mengingatkan semua pegawai dan anggota SNN agar tidak sesekali bersekongkol dengan mana-mana sindiket pengedaran atau aktiviti dadah.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, barisan Ketua Penolong Pengarah JSJN Bukit Aman, Ketua JSJN Sabah, ACP Zulkepli Hj. Hashim, Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia), Superintenden Chew Chee Lee, Penolong Pengarah Narkotik (Sekretariat Nukleus Narkotik), Superintenden Abdul Hamid Allah Bukksh, para pegawai kanan JSJN dan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat.

ArticlePublished 14 Jan 2025 7.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM