
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Persidangan Aseanapol Ke 42
Nay Pyi Taw, 24 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf mewakili Ketua Polis Negara (KPN) menghadir...
Nay Pyi Taw, 24 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf mewakili Ketua Polis Negara (KPN) menghadiri Persidangan Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) Ke-42 yang berlangsung di Myanmar International Convention Center I, semalam.
Persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, bermula 21 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024 adalah sebuah platform terbaik perkongsian berkenaan isu jenayah rentas sempadan antaranya penyeludupan dadah, jenayah siber, keganasan dan penyeludupan hidupan liar, dan pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara.
Penganjuran persidangan tersebut juga mengeratkan hubungan kerjasama antara ketua-ketua polis negara ahli yang terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia serta rakan dialog ASEANAPOL seperti Australia, China, Rusia, INTERPOL, Timor Leste, United Arab Emirates (UAE) dan International Committee of The Red Cross (ICRC).
Hadir sama mengiringi Dato’ Sri Ramli dalam persidangan tersebut ialah Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy, Ketua Penolong Pengarah (Siber/Taktikal & Teknikal), JSJK Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin, Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.