Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

17 Tahun Penubuhan Kks Pdrm Beri Pelbagai Manfaat Buat Warga Sang Saka Biru Timbalan Kpn

Diterbitkan: 23 Oct 2024 9.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2024 – Menjangkau usia penubuhan yang telah mencecah 17 tahun, Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal dilihat sebagai salah satu platform terbaik dalam memberi pelbagai manfaat buat warga Sang Saka Biru, menerusi aktiviti sukan dan sosial serta aspek kebajikan melibatkan semua ahli berdaftar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/17-tahun-penubuhan-kks-pdrm-beri-pelbagai-manfaat-buat-warga-sang-saka-biru-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2024 – Menjangkau usia penubuhan yang telah mencecah 17 tahun, Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal dilihat sebagai salah satu platform terbaik dalam memberi pelbagai manfaat buat warga Sang Saka Biru, menerusi aktiviti sukan dan sosial serta aspek kebajikan melibatkan semua ahli berdaftar.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam ucapannya sempena Majlis Penutupan Rasmi Mesyuarat Agung Kali Ke-17 KKS PDRM Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KKS PDRM, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim diapit Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, DCP Alzafny Ahmad.

Dato’ Sri Ayob Khan turut menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli KKS yang menjadi penyumbang utama dan menyokong usaha pemerolehan “matching grant” berjumlah lebih RM1.5 juta melalui pemotongan gaji.

Beliau juga memuji pengurusan KKS yang telus memikul amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan agihan dana dilakukan dengan adil, demi kebajikan semua ahli.

"Saya berharap agar KKS terus komited dalam merealisasikan segala aktiviti termasuk hal-hal kebajikan, sukan dan sosial, yang berimpak tinggi kepada Pasukan serta memberi manfaat besar kepada semua ahlinya," ucap beliau lagi.

Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Sri Ayob Khan berbesar hati menyampaikan replika cek sumbangan “Grant” KKS Tahun 2024 kepada 34 penerima sumbangan yang terdiri daripada wakil persatuan-persatuan PDRM dan Tabung Kebajikan, Sukan dan Sosial (TKSS) Kontinjen, Briged serta Formasi bagi menjayakan aktiviti kebajikan, sukan juga sosial dalam kalangan warga Pasukan.

Sementara itu, dalam Mesyuarat Agung KKS PDRM yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Azmi pagi tadi, telah berlangsung sesi pembentangan, pengesahan laporan tahunan dan penyata kewangan kelab.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri, Ahli Jawatankuasa KKS PDRM, wakil Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis serta wakil Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU).

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person and performing martial arts

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

ArtikelDiterbitkan 23 Oct 2024 9.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM