Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Perak

Diterbitkan: 17 Jan 2024 7.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 17 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:03 MYT
Ipoh, 17 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Ketibaan beliau bersama delegasi JSJK Bukit Aman telah disambut mesra oleh Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Lawatan kerja ini adalah bersempena Mesyuarat Bulanan Bersama Ketua JSJK Bilangan 1/2024 dan Mesyuarat Pencegahan Jenayah Komersil Bilangan 1/2024 yang bermula pada 16 hingga 17 Januari 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Perak.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md. Isa dan Ketua JSJK Perak, Superintendan Hasbullah Abd. Rahman.

Sumber: Polis Perak

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people, newsroom and the Oval Office

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 1 person

May be an image of 5 people

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2024 7.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM