Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmikan Hari Integriti Uem Edgenta 2024

Diterbitkan: 17 Jan 2024 8.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi merasmikan Hari Integriti UEM Edgenta 2024 yang diadakan di Menara UEM, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmikan-hari-integriti-uem-edgenta-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:15 MYT

TIMBALAN KPN RASMIKAN HARI INTEGRITI UEM EDGENTA 2024
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi merasmikan Hari Integriti UEM Edgenta 2024 yang diadakan di Menara UEM, di sini.

Sambutan Hari Integriti tersebut merupakan satu manifestasi komitmen UEM Edgenta untuk memperkukuh amalan budaya perniagaan yang telus dan beretika serta memperkuatkan tadbir urus korporat.

Malah, penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya pucuk pimpinan Pasukan dalam acara tersebut juga dilihat sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha UEM Edgenta memupuk budaya integriti di dalam organisasinya.

Berucap dalam majlis tadi, Dato' Sri Ayob Khan melahirkan harapan agar sesi ceramah dan aktiviti-aktiviti seumpama yang dijalankan dapat memberi kesedaran kepada warga UEM Edgenta tentang pentingnya membudayakan nilai integriti dalam persekitaran kerja harian.

"Integriti dan ketelusan adalah asas kepada pertumbuhan yang mampan. Ketiadaan sifat ini tidak hanya merugikan individu, malah menjatuhkan prestasi dan reputasi syarikat, sekali gus memberi kesan kepada kelestarian jangka panjang organisasi tersebut," tegas beliau.

Terdahulu, ketibaan beliau sekitar jam 10.00 pagi tadi telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Encik Syahrunizam Samsudin.
Hadir sama, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif UEM Edgenta, Dato' George Stewart LaBrooy, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif UEM Edgenta, Puan Nurul Iman Mohd Zaman, serta rakan-rakan media.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of ‎6 people and ‎text that says '‎1 INTEGRITY DAY 2024 EDGENTA Reinventing the Future ****X מעא ఆ TRUST INTEGRITY ETHICS UEMO U

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎UEM EDGENTA ارا INTEGRITY DAY 2024 EDGENTA Reinventing the Future Through Good Governance MMG

May be an image of 5 people

May be an image of 8 people, dais and text that says 'IHAT XPRESS ക'

May be an image of 1 person, playing football and text

May be an image of 5 people, newsroom, dais and text that says 'TRUST INTEGRITY ETHICS UEMO UEM'

May be an image of ‎4 people and ‎text that says '‎را INTEGRITY DAY 2024 EDGENTA Reinventing the Future Throug G nce Throug Gove a‎'‎‎

May be an image of 5 people, car and text


ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2024 8.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM