Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 22 Ditahan Rm1 07 Juta Rampasan Di Perlis

Diterbitkan: 17 Jan 2024 4.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 17 Januari 2024 - Polis bersama agensi penguatkuasaan lain di negeri ini memberi tumpuan menerusi operasi bersepadu bagi mengekang jenayah sempadan khususnya bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah, minyak subsidi, ketum, pemerdagangan manusia dan lain-lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-22-ditahan-rm1-07-juta-rampasan-di-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT
Kangar, 17 Januari 2024 - Polis bersama agensi penguatkuasaan lain di negeri ini memberi tumpuan menerusi operasi bersepadu bagi mengekang jenayah sempadan khususnya bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah, minyak subsidi, ketum, pemerdagangan manusia dan lain-lain.

Dalam tempoh dua minggu operasi bermula 16 sehingga 29 Disember lalu, sebanyak 22 individu berusia 19 sehingga 74 tahun ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.

Hasil rampasan dalam tempoh berkenaan sebanyak RM1.07 juta membabitkan 12 pikap (RM978,100), dua motokar (RM92,000), 1,400 liter minyak petrol (RM2,870), 981.5 liter minyak diesel (RM2,153) peralatan mengisi minyak (RM380) dan 69 kilogram minyak masak subsidi (RM172).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain di kawasan Padang Besar dan sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan kekuatan seramai 113 pegawai dan anggota dari setiap bahagian serta cawangan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2024 4.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM