Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Terima Kunjungan Hormat Timbalan Pengarah Ii Mara

Published: 14 Jun 2023 6.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 14 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Aidi Ismail menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengarah II (Hal Ehwal Pelajar) Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Azizan Ismail di Bilik Mesyuarat Utama JPJKK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-terima-kunjungan-hormat-timbalan-pengarah-ii-mara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT
Kuala Lumpur, 14 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Aidi Ismail menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengarah II (Hal Ehwal Pelajar) Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Azizan Ismail di Bilik Mesyuarat Utama JPJKK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Sesi kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mendengar taklimat mengenai penganjuran Karnival Kor Kadet Polis Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang akan diadakan bermula 15 hingga 18 Jun 2023 di empat zon yang terlibat iaitu MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang (Zon Utara), MRSM Serting, Negeri Sembilan (Zon Selatan), MRSM Mersing, Johor (Zon Timur) dan MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor (Zon Barat).

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan), JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim, Superintendan Sukarelawan Simpanan Polis/Kor SUKSIS/Kor Kadet Polis (Koordinasi Sumber Sokongan), JPJKK Bukit Aman, Superintendan Rahiman Abdullah dan delegasi MARA.

May be an image of 9 people and text
ArticlePublished 14 Jun 2023 6.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM