Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Tinjau Perairan Sempadan Malaysia Thailand

Diterbitkan: 14 Jun 2023 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-tinjau-perairan-sempadan-malaysia-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT
Tumpat, 14 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din meninjau perairan sempadan negara Malaysia-Thailand bagi mengenal pasti laluan penyeludupan dadah di antara kedua negara, semalam.

Beliau telah dibawa dengan menggunakan bot Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am Lubok Stol, Rantau Panjang sebelum ditaklimatkan berkaitan Kawalan Keselamatan Sempadan Darat Malaysia-Thailand oleh Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, ACP Hakemal Hawari.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Narkorik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon I), JSJN Bukit Aman, ACP Mohd Zaki Ashar, Ketua JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, ACP Douglas Nyeging Taong dan Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia), JSJN Bukit Aman, Superintendan Mohamed Salim Gulam Mohamad.

ArtikelDiterbitkan 14 Jun 2023 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM