
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Saksi Serah Terima Tugas Kp Melaka
Melaka, 1 April 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketu...
Melaka, 1 April 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis Melaka di antara DCP Dato' Zainol Hj. Samah dengan pemangku jawatan ini, SAC Datuk Razali Abu Samah yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.
Berucap dalam majlis yang diadakan, Dato' Zainol menyatakan akan memikul tanggungjawab yang diberi dengan penuh tekad dan berpaksikan fokus serta sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan dalam Pasukan.
Turut diadakan, Majlis Serah Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka daripada Naib Pengerusi PERKEP, Datin Hamsiah Mohd Hanis kepada Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka yang baharu Datin Sabariah Mohd. Hanis dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JPJKK, Yang Mulia Datin Raja Asaudat Raja Muda.
Hadir sama, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Melaka, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Melaka.
Sumber: Polis Melaka