Artikel
Hari Polis Ke 215 Video Pilihan Kekurangan Fizikal Tidak Lunturkan Semangat Juang Lans Koperal Nik Mohd Afizal
Sungguhpun diuji dengan dugaan kemalangan jalan raya pada tahun 2015 ketika menjalankan tugas rondaan, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Lans Kope...
Sungguhpun diuji dengan dugaan kemalangan jalan raya pada tahun 2015 ketika menjalankan tugas rondaan, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Lans Koperal Nik Mohd Afizal Nik Ya untuk terus berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang ketika itu bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah dirempuh oleh sebuah kereta di Bayan Lepas sehingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kecederaan parah.
Semoga Lans Koperal Nik Mohd Afizal sentiasa terus tabah dan kecekalan beliau biarpun kekurangan fizikal dapat memberi inspirasi kepada seluruh warga PDRM.
Sumber: PDRM Pulau Pinang
Pautan: https://www.facebook.com/PolisPulauPinang/videos/1035295140678352/
