
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Sarawak
Kehadiran beliau di sana bagi membincangkan mengenai Sistem Central Geospatial Illegal Activities kepada pucuk pimpinan tertinggi kontinjen Polis Sarawak dalam...
Kuching, 13 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.
Kehadiran beliau di sana bagi membincangkan mengenai Sistem Central Geospatial Illegal Activities kepada pucuk pimpinan tertinggi kontinjen Polis Sarawak dalam memastikan kegiatan haram yang beroperasi di negeri berkenaan dapat dibanteras dengan lebih efektif di samping memperkukuhkan pengurusan maklumat agar ia direkod dengan sistematik dan dianalisa dengan lebih komprehensif.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua Penolong Pengarah (Pendaftaran/Analisa) JPJKK Bukit Aman, SAC Noor Halim Nordin.
Sumber: Polis Sarawak





















