Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Aksi Kejar Mengejar Mpv Dengan Sebuah Kenderaan

Diterbitkan: 14 May 2024 12.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
"Kejadian tersebut berlaku pada 12 Mei 2024 jam lebih kurang 3.30 petang apabila anggota kereta peronda polis (MPV) telah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam satu kejadian pergaduhan."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-aksi-kejar-mengejar-mpv-dengan-sebuah-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:47 MYT
"Kejadian tersebut berlaku pada 12 Mei 2024 jam lebih kurang 3.30 petang apabila anggota kereta peronda polis (MPV) telah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam satu kejadian pergaduhan."

"Semasa anggota MPV mendekati kenderaan tersebut, suspek bertindak memecut kenderaannya dan telah melanggar sebuah motosikal. Suspek telah berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE)."

"Hasil pemeriksaan, polis menjumpai alatan untuk menghisap dadah. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 186 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris

Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/412610931610379

Video Tular Aksi Kejar Mengejar Mpv Dengan Sebuah Kenderaan
ArtikelDiterbitkan 14 May 2024 12.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM