
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Perak
Ipoh, 8 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejaba...
Ipoh, 8 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.
Dalam amanat yang disampaikan, Dato' Aidi telah menekankan enam teras utama iaitu mencegah jenayah, menghapuskan peluang jenayah, menghapuskan niat jenayah, menangani persepsi negatif masyarakat, memperkasakan dan menjadi penasihat komuniti kepada pegawai serta anggota JPJKK dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Hadir sama, Ketua JPJKK Perak, SAC Noorzainy Hj. Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar Sumber JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat JPJKK Bukit Aman, SAC Jamel Salleh.