Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jlog Saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Kp Dan Pengerusi Perkep Kontinjen Terengganu

Diterbitkan: 04 May 2023 8.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Datuk Mazli yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, menggantikan Dato' Rohaimi sebagaimana arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis yang diumumkan baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jlog-saksi-majlis-serah-terima-tugas-jawatan-kp-dan-pengerusi-perkep-kontinjen-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Terengganu, 4 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Terengganu di antara DCP Dato' Rohaimi Md Isa dengan penyandang baharu, DCP Datuk Mazli Mazlan yang diadakan di D' Redang Hall, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, semalam.

Datuk Mazli yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, menggantikan Dato' Rohaimi sebagaimana arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis yang diumumkan baru-baru ini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Sahabudin menzahirkan ucapan tahniah kepada Dato’ Rohaimi kerana diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Pasukan untuk mengalas jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman yang baharu.

Turut diadakan, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Terengganu di antara penyandangnya, Datin Azizah Malisa Ramli kepada isteri Datuk Mazli iaitu Datin Nur Izzati Dato' Shafii.

Menyaksikan majlis tersebut ialah Pengerusi Perkep JLog, Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid.

Hadir sama, Timbalan KP Terengganu, SAC Dato' Wan Rukman Wan Hassan, Ketua-ketua Jabatan IPK Terengganu, barisan Ketua Polis Daerah dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Terengganu.

ArtikelDiterbitkan 04 May 2023 8.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM