
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Bersama Pm Beri Sokongan Di Ipsc Rmp Open Championship 2023 Level Iii
Putrajaya, 4 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengiringi Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibr...
Putrajaya, 4 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengiringi Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim melawat Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2023 - Level III di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, di sini.
Lawatan yang turut dihadiri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Belia dan Sukan (KBSMalaysia), Puan Hannah Yeoh itu sebagai sokongan penganjuran kejohanan menembak berprestij bertaraf antarabangsa anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kejohanan yang membuka tirai pada 1 Mei lalu itu turut bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record's kerana berjaya mengumpul para penembak handalan dan profesional dari dalam serta luar negara.
Menerusi lawatan tadi juga, Dato' Seri Anwar ditaklimatkan mengenai penjurian markah dan aspek keselamatan di lokasi kejohanan sepanjang acara menembak berlangsung.
Beliau bersama Tan Sri Razarudin kemudiannya turut meninjau gerai jualan yang disediakan antaranya peralatan menembak, pakaian taktikal, t-shirt kejohanan dan lain-lain lagi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu Corporation, Dato' Sri Hj.Shafiz Dato' Hj. Sharani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang dan Komander Unit Tindakhas selaku Pengelola Tembak IPSC PDRM, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri