
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Plak Konstabel Lelaki Dan Wanita Siri 11 2023
Jempol, 24 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Lati...
Jempol, 24 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki dan Wanita Siri 11/2022, bertempat di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, di sini, pagi tadi.
Latihan Luar Lelaki serta Wanita kepada para pelatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh program. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Saufi Anuar Abdullah, barisan Komandan-komandan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia, para pegawai dan anggota polis
serta ahli keluarga pelatih.
Sumber: Pusat Latihan Polis Air Hitam