Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prn Kdn Kenal Pasti Kawasan Panas Semua Agensi Siap Siaga

Diterbitkan: 24 Jun 2023 12.46 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.23 PM
Kuala Nerus, 24 Jun 2023 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti beberapa kawasan panas di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-kdn-kenal-pasti-kawasan-panas-semua-agensi-siap-siaga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:25 MYT
Kuala Nerus, 24 Jun 2023 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti beberapa kawasan panas di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehubungan itu semua agensi di bawah KDN terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini siap siaga bagi memastikan PRN berjalan lancar.
Katanya, beliau yakin kekuatan yang ada pada pasukan berkenaan mampu mengawal sebarang situasi sepanjang PRN.

"Kita ada pengalaman cukup lama dalam menghadapi pilihan raya, jadi sudah tentu PDRM telah membuat persediaan.
"Kita berkeyakinan dengan keupayaan yang ada seperti yang diumumkan MDN (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) yang kita siap siaga dalam menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Kita Madani 2023 Negeri Terengganu di Pentas Utama Pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kdn-kenal-pasti-kawasan...

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Prn Kdn Kenal Pasti Kawasan Panas Semua Agensi Siap Siaga
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2023 12.46 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.23 PM