
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah
Alor Setar, 6 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua...
Alor Setar, 6 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di antara CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dengan penyandang baharu, CP Dato' Fisol Salleh di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, pagi tadi.
Dato' Fisol yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dinaikkan ke pangkat Komisioner Polis (CP) dalam pertukaran pegawai kanan polis, baru-baru ini.
Pada majlis sama, turut diadakan Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kedah di antara Datin Sarihah Jusoh dengan Datin Norli Hj. Ahmad sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JIPS, Datin Sri Norliah Hj. Othman.
Terdahulu turut berlangsung pemakaian pangkat kepada Dato' Fisol yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Azri.
Sumber: Polis Kedah