
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Pemakaian Pangkat Komander Eastern Command Dan Ketua Ketua Staf Esscom
Papar, 6 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) CP Dato' Sri Hazani Ghazali hari ini hadir ke Majlis Pemakaian Pangka...
Papar, 6 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) CP Dato' Sri Hazani Ghazali hari ini hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat Komander Eastern Command dan Ketua-Ketua Staf Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Markas Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kinarut, pagi tadi.
Seusai itu, turut berlangsung pemakaian pangkat Ketua Staf Perisikan ESSCOM, SAC Azli Amin, Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal ESSCOM, SAC Mohamad Pajeri Ali, Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM, SAC Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa serta Asisten Ketua Staf Pengawasan Pusat Operasi ESSCOM, ACP Firdaus Francis Abdullah.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Komander Eastern Command, Brigadier Jeneral Johari Ismail, Komander Pasukan Briged Sabah PGA, SAC Abdul Rani Alias, para pegawai kanan ESSCOM dan PDRM.
Sumber: Eastern Sabah Security Command