
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Saksi Serah Terima Tugas Jawatan Kp Selangor
Shah Alam, 14 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya menjadi saksi serah terima tugas Ketua...
Shah Alam, 14 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya menjadi saksi serah terima tugas Ketua Polis (KP) Selangor di antara CP Dato’ Noor Azam Jamaludin dengan DCP Dato’ Arjunaidi Mohamed di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Dato’ Noor Azam akan menjalani persaraan wajib bermula esok (15 Disember) dan jawatan tersebut akan dipangku oleh DCP Dato’ Arjunaidi pada tarikh sama.
Turut berlangsung upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) antara Datin Roshafiza Abd Halim dengan Datin Baidzura Busu yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JIPS Bukit Aman, Datin Dr. Sazilah Tun Ahmad Sarji.
Hadir sama, barisan ketua jabatan, para pegawai kanan dan pihak media.
Sumber: Polis Selangor