
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Lakukan Ziarah Kebajikan Anggota Polis Alami Strok
Sumber: Polis Daerah Tapah
Tapah, 19 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad meluangkan masa menziarahi Koperal/D Badrul Hafiz Baharudin dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah yang mengalami sakit "Right Basel Ganglia Bleed" (strok pada bahagian kiri badan dan pendarahan dalam otak) di rumahnya, di sini semalam.
Hadir sama Ketua JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Superintendan Mohd Naim Asnawi dan para pegawai kanan polis.
Sumber: Polis Daerah Tapah