Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Dan Iftar Jabatan Pengurusan

Diterbitkan: 19 Mar 2024 2.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar anjuran Jabatan Pengurusan di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-penerapan-nilai-nilai-murni-dan-iftar-jabatan-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:01 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar anjuran Jabatan Pengurusan di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 7.00 malam di perkarangan masjid telah disambut oleh Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Jabatan Pengurusan, Datin Sri Sharifah Rodziah Syed Agil.

Sebelum menunggu masuk waktu berbuka puasa, Tan Sri Razarudin bersama para jemaah yang hadir meluangkan masa mendengar tazkirah ringkas disampaikan oleh Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara, Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali dan seterusnya mengerjakan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh ASP Kesejahteraan Organisasi, Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Imam Masjid Bukit Aman, ASP Muhammad Khudri Sulaiman.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 12 anak-anak warga Jabatan Pengurusan.

Hadir sama, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, H.E Dr. Mubarak Saeed AlDhaheri, barisan Timbalan Pengarah PDRM serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 2 people, headscarf, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'DIRAJA HLLNSTUT MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI IFTAR JAB 19 MAC ENGURUSAN AD BUKIT AMAN'

May be an image of 12 people and text


ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2024 2.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM