
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sertai Mesyuarat 67th Session Of The Commission On Narcotic Drugs 2024
Vienna, 18 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din telah menyertai Mesyuarat 67th...
Vienna, 18 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din telah menyertai Mesyuarat 67th Session of the Commission on Narcotic Drugs 2024, di sini.
Antara intipati mesyuarat tersebut adalah membincangkan mengenai pengurusan strategik, belanjawan selain memperhalusi pelaksanaan obligasi negara-negara ahli terhadap konvensyen antarabangsa mengenai kawalan dadah. Dalam mesyuarat tersebut turut akan diadakan perundingan yang mempertimbang dan meluluskan draf-draf resolusi yang dikemukakan oleh negara-negara ahli.
Mesyuarat yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 22 Mac depan, turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)