
Artikel
Artikel Pilihan Tiada Kompromi Sentuh 3r Kpn
Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Tiada kompromi dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak sekiranya menyentuh sensitiviti berkaitan 3R yang merujuk agama, ka...
Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Tiada kompromi dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak sekiranya menyentuh sensitiviti berkaitan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja, tegas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Katanya, perkara itu sering kali diingatkan pihaknya agar bersama menjaga sensitiviti semua pihak.
"Individu dikesan memainkan isu 3R melalui media sosial atau cuba menyebarkan sesuatu yang tidak benar juga tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, masyarakat digesa salurkan maklumat dengan membuat laporan polis agar tindakan dan siasatan dapat diambil.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut
https://www.sinarharian.com.my/article/655170/berita/nasional/tiada-kompromi-sentuh-3r---kpn?fbclid=IwAR2ZfDkoRasFbtMtBPwdaWGC9q3_aM2DfYCshzwFRSfXKip0zIcXB46L1Wk#google_vignette