
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sampaikan P J P N Kepada 347 Pegawai Dan Anggota Polis Kontinjen Sarawak
Kuching, 19 April 2022 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan...
Kuching, 19 April 2022 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 14 pegawai kanan dan 333 anggota lain-lain pangkat Polis Kontinjen Sarawak di Dewan Kenyalang Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, pagi tadi.
Penganugerahan kepada 347 penerima tersebut sebagai menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan bakti mereka kepada negara semasa Era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960.
Turut diberi penganugerahan adalah mereka yang berkhidmat ketika Era Insurgensi Komunis bermula 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Semenanjung Malaysia, juga di Sabah dan Sarawak dari tahun 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat.
Turut hadir, Pesuruhjaya Polis negeri, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri bersama timbalannya, DCP Dato' Mancha Ata, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Muhd Abdul Halim dan Komandan PULAPOL Kuching, SAC Razali Mohamad serta para pegawai kanan.
Sumber: Polis Sarawak