
Artikel
Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Sasar Pendeposit Th
Petaling Jaya, 19 April 2022 - Selain golongan profesional termasuk doktor, guru dan jururawat, sindiket Macau Scam kini menjadikan pendeposit Tabung Haji (TH)...
Petaling Jaya, 19 April 2022 - Selain golongan profesional termasuk doktor, guru dan jururawat, sindiket Macau Scam kini menjadikan pendeposit Tabung Haji (TH) sebagai sasaran mereka.
Lebih menyedihkan, wang simpanan milik mangsa yang kebanyakannya warga emas dan pesara hilang begitu sahaja.
Modus operandi tersebut mulai dikesan sejak Januari lalu apabila sebanyak 65 pendeposit TH menjadi mangsa penipuan itu yang melibatkan kerugian RM3.6 juta.
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Victor Sanjos berkata, sindiket itu akan menghubungi mangsa memaklumkan akaun bank mereka bakal dibekukan kerana terbabit kes jenayah.
Selepas itu, katanya, sindiket akan meminta mangsa membuka sebuah lagi akaun di bank sama sebelum menyerahkan satu nombor telefon untuk diletakkan di dalam maklumat akaun berkenaan.
Orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika menjadi mangsa penipuan atau menerima panggilan yang mencurigakan.
Selain itu, semakan nombor telefon dan nombor akaun boleh dilakukan di laman sesawang htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.