Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sampaikan Amanat Dan Taklimat Kepada Petugas Prn Johor

Diterbitkan: 10 Jul 2026 1.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Johor Bahru, 9 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri hari ini menyampaikan taklimat serta amanat kepada petugas Bantuan Sumber Manusia elemen Jabatan KDNKA sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-sampaikan-amanat-dan-taklimat-kepada-petugas-prn-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Johor Bahru, 9 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri hari ini menyampaikan taklimat serta amanat kepada petugas Bantuan Sumber Manusia elemen Jabatan KDNKA sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.

Taklimat tersebut diadakan bagi memperkukuh kefahaman petugas terhadap peranan, tanggungjawab dan kesiapsiagaan operasi dalam menghadapi PRN Johor Ke-16.

Penekanan turut diberikan agar setiap petugas melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan secara profesional, berintegriti serta mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard dan segala arahan yang telah ditetapkan.

Dalam amanatnya, Dato’ Sri Mohd Yusri menegaskan bahawa setiap petugas hendaklah sentiasa bersiap siaga, mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, memperkukuh kerjasama serta melaksanakan setiap penugasan dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander (Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas) Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Rosli Md Yusof, Komander Pasukan Polis Marin, SAC Shamsol Kassim dan Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Johor, SAC Muhd Zailani Abdullah.

Sumber: Polis Johor

May be an image of ‎text that says '‎PDRMJOHOR PDRM JOHOR សេ្ធ POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA 9JULAI2026 2026 PK JOHOR اانلب MAJLIS A

May be an image of one or more people and text

May be an image of ambulance

May be an image of text

May be an image of one or more people, speaker and text


ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2026 1.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM