Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Amanat Timbalan Kpn Integriti Dan Profesionalisme Teras Kecemerlangan Cawangan Khas

Diterbitkan: 10 Jul 2026 1.49 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Kuching, 9 Julai 2026 – "Kekalkan profesionalisme, perkukuh integriti dan sentiasa proaktif dalam mengenal pasti serta menangani ancaman keselamatan negara." Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada warga Cawangan Khas Kontinjen Sarawak sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/amanat-timbalan-kpn-integriti-dan-profesionalisme-teras-kecemerlangan-cawangan-khas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:49 MYT
Kuching, 9 Julai 2026 – "Kekalkan profesionalisme, perkukuh integriti dan sentiasa proaktif dalam mengenal pasti serta menangani ancaman keselamatan negara."
Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada warga Cawangan Khas Kontinjen Sarawak sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini.

Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa Cawangan Khas merupakan tunjang utama fungsi risikan Polis Diraja Malaysia yang memainkan peranan penting dalam memelihara keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara.

Justeru, setiap warga Cawangan Khas diseru untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh profesionalisme, berintegriti dan proaktif dalam mengenal pasti serta menangani sebarang ancaman keselamatan.

Beliau turut mengingatkan agar keupayaan risikan terus diperkasakan melalui pemanfaatan teknologi dan analisis moden, di samping sentiasa menjunjung tinggi nilai integriti, akauntabiliti dan kerahsiaan serta menjauhi sebarang bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa atau perlakuan yang boleh menjejaskan imej Pasukan.

Mengakhiri amanat, Tan Sri Ayob Khan menyeru seluruh warga Cawangan Khas agar terus menghayati nilai amanah, kesetiaan, tanggungjawab dan profesionalisme, selain meningkatkan kompetensi secara berterusan demi memastikan Cawangan Khas kekal relevan, berwibawa dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan yang semakin dinamik.

Lawatan kerja tersebut turut merangkumi sesi kunjungan hormat ke atas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak di Bilik Tetamu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2026 1.49 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM