
Artikel
Posting Pilihan Pemangku Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Terengganu
Kunjungan hormat tersebut bersempena dengan lawatan kerja rasmi bagi Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di Kontinjen Terengganu.
Kuala Terengganu, 23 September 2024 - Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan KP Terengganu, SAC Dato’ Wan Rukman Wan Hassan dan barisan pegawai kanan Bukit Aman dan IPK Terengganu.
Sumber: Polis Terengganu.