Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Kerajaan Arab Saudi Ke 94

Diterbitkan: 24 Sep 2024 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, di sini bagi memenuhi undangan ke Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Kerajaan Arab Saudi Ke-94 tahun, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-ke-majlis-resepsi-hari-kebangsaan-kerajaan-arab-saudi-ke-94
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, di sini bagi memenuhi undangan ke Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Kerajaan Arab Saudi Ke-94 tahun, malam tadi.

Majlis resepsi itu turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan diiringi oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mesaad Ibrahim A. Al Sulaim.

Sambutan Hari Kebangsaan Kerajaan Arab Saudi yang menginjak ke-94 tahun menyaksikan bagaimana peristiwa bersejarah pada tahun 1932 apabila Kerajaan Nejd dan Hijaz disatukan di bawah pemerintahan Raja Abdulaziz yang secara rasmi membentuk kerajaan moden Arab Saudi.

Sebelum berakhir, Dato' Sri Ayob Khan turut menyaksikan tayangan montaj keakraban hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan Arab Saudi, persembahan tarian tradisional serta persembahan operata oleh para pelajar Arab Saudi yang berada di Malaysia.

Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and wedding

May be an image of 8 people

May be an image of 3 people


ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2024 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM