
Artikel
Artikel Pilihan Polis Siasat Video Turunkan Jalur Gemilang Diganti Dengan Bendera Sabah Sarawak
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lepas kononnya se...
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.
“Polis menerima 35 laporan mengenai penyebaran video itu dengan 34 daripadanya dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati video itu ditularkan oleh pemilik akaun media sosial beralamat di Sabah yang memiliki dua rekod jenayah membabitkan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: BERNAMA