Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pdrm Sertai Mesyuarat Cadangan Penambahbaikan Akta Sosma 2012 Bersama Kdn Dan Jabatan Peguam Negara

Published: 04 Aug 2023 2.28 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Mesyuarat Cadangan Penambahbaikan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara yang diadakan di Asian International Arbitration Centre, Bangunan Sulaiman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-sertai-mesyuarat-cadangan-penambahbaikan-akta-sosma-2012-bersama-kdn-dan-jabatan-peguam-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Mesyuarat Cadangan Penambahbaikan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara yang diadakan di Asian International Arbitration Centre, Bangunan Sulaiman, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Tuan Ramkarpal Singh Karpal Singh telah membincangkan cadangan penambahbaikan ke atas Akta SOSMA 2012, khususnya melibatkan peruntukan jamin iaitu di bawah Seksyen 13 akta berkenaan.
Taklimat dari PDRM telah disampaikan oleh Superintendan Siasatan Jenayah Terancang (D14), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintendan Ooi Chong Lai bersama ASP Perundangan (1), Urus Setia KPN (Perundangan), Bukit Aman, ASP Harjinder Singh mengenai beberapa hasil cadangan bagi penambahbaikan peruntukan jamin.

Hadir sama, Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Azman Omar dan Ketua Penolong Pengarah Narkotik, (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, SAC Mazleen Mohd Nasir.

ArticlePublished 04 Aug 2023 2.28 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM