Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Inspektor Adi Selamatkan Nyawa Seorang Wanita

Diterbitkan: 05 Aug 2023 1.20 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 10.25 AM
Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun dari aras lima sebuah pusat beli-belah, di sini pada Rabu lalu, membantu menyelamatkan nyawa wanita terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-inspektor-adi-selamatkan-nyawa-seorang-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT
Seremban, 5 Ogos 2023 - Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun dari aras lima sebuah pusat beli-belah, di sini pada Rabu lalu, membantu menyelamatkan nyawa wanita terbabit.

Pada kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 20 tahun berkenaan dikatakan tidak berganjak dari bahagian tepi bangunan walaupun sudah dipujuk anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan awam yang menyatakan ada individu disyaki cuba terjun dari aras lima parkir kenderaan premis terbabit.

“Tiba di lokasi, kami dapati seorang wanita berada di tebing parkir kenderaan dan memberitahu ingin terjun.

“Kami berusaha memujuk dan menenangkannya, namun dia enggan berganjak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, akhirnya Inspektor Adi bertindak pantas menarik wanita itu dan berjaya menyelamatkannya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text that says 'WANITA disyaki daripada diselamatkan. sini, Daerah Serem- aras pusat Inspektor Adi selamatkan satu nyawa Se
ArtikelDiterbitkan 05 Aug 2023 1.20 AMDikemas kini 23 Sep 2026 10.25 AM