
Article
Posting Pilihan Pasukan Sar Jumpa Satu Lagi Mayat Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Di Father S Organic Farm Batang Kali
Hulu Selangor, 21 Disember 2022 - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini berjaya menemui satu lagi mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemaha...
Hulu Selangor, 21 Disember 2022 - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini berjaya menemui satu lagi mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor merangkap Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Superintendan Suffian Abdullah menyatakan mangsa merupakan seorang lelaki dewasa dan telah ditemui oleh pasukan SAR di Sektor B (Farm View) di tapak perkhemahan tesebut.
Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan indentiti mangsa masih belum dikenalpasti.
Turut dijumpai bersama mayat mangsa adalah dua ekor anjing dan haiwan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut.
Sumber: Polis Selangor