
Artikel
Tanah Runtuh Operasi Sar Mangsa Hilang Diteruskan Hari Ke 6
Hulu Selangor, 21 Disember 2022 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa yang masih hilang di kawasan bencana tanah runtuh Batang Kali, di sini memas...
Hulu Selangor, 21 Disember 2022 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa yang masih hilang di kawasan bencana tanah runtuh Batang Kali, di sini memasuki hari keenam.
Operasi SAR diteruskan oleh agensi-agensi penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia dengan memfokuskan pencarian di Sektor B dan Sektor C bagi mengambil kira mangsa ke-25 dan ke-26 dijumpai, hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed tiba di lokasi kejadian lebih kurang jam 10.30 pagi tadi bagi meninjau perkembangan terkini operasi SAR di sini.
Sebagai rekod sehingga kini, seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan pada Jumaat lepas dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 26 lagi disahkan terkorban serta tujuh masih belum ditemui.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini