Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Op Libas Pga Briged Sarawak Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm2 Juta

Diterbitkan: 05 Nov 2020 5.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
kejayaan mencatatkan rampasan rokok terbesar tahun ini adalah hasil maklumat dan risikan sehingga membawa kepada serbuan ke atas premis yang dijadikan stor penyimpanan rokok belum lulus cukai Kastam sekitar pada jam 9.30 pagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-libas-pga-briged-sarawak-rampas-rokok-seludup-bernilai-lebih-rm2-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Kuching, 5 November 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai jenis rokok seludup dianggarkan bernilai RM2,104,506.40 dalam serbuan Ops Libas ke sebuah rumah di Tabuan Laru, semalam.

Komandernya SAC Tuan Mancha Ata berkata, kejayaan mencatatkan rampasan rokok terbesar tahun ini adalah hasil maklumat dan risikan sehingga membawa kepada serbuan ke atas premis yang dijadikan stor penyimpanan rokok belum lulus cukai Kastam sekitar pada jam 9.30 pagi.

Jelas beliau, semasa serbuan dijalankan, pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan yang merupakan penjaga stor di rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kami menemui sebanyak 9,500 karton (1,900,000 batang) rokok putih dan sejumlah 4,217 karton (694,520 batang) rokok kretek yang disimpan di dalam rumah serta dalam muatan sebuah van yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM2,104,506.40 (termasuk cukai),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya juga, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Tambah beliau juga, sepanjang pengoperasian yang dilaksanakan sejak awal tahun sehingga 4 November 2020, Briged Sarawak PGA telah mencatatkan kejayaan keseluruhan bernilai RM33,333,964.54.

“Daripada nilai tersebut, sebanyak 147 kes melibatkan jumlah tangkapan seramai 407 orang yang terdiri daripada 180 orang warga tempatan dan 227 orang pendatang tanpa izin,” katanya lagi.

Sumber: Briged Sarawak Laman Rasmi dan Utusan Borneo Online

Posting Pilihan Op Libas Pga Briged Sarawak Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm2 Juta


ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2020 5.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM