Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Rakyat Perlu Bersatu Putuskan Pandemik

Diterbitkan: 05 Nov 2020 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Setiap negara masih berusaha siang dan malam menangani wabak berbahaya yang boleh meragut nyawa itu. Petugas barisan hadapan yang juga benteng terakhir dalam memerangi wabak tersebut berhempas pulas dan mempertaruhkan nyawa bagi memastikan penularan terkawal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-rakyat-perlu-bersatu-putuskan-pandemik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini membataskan rutin harian semua orang bahkan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Setiap negara masih berusaha siang dan malam menangani wabak berbahaya yang boleh meragut nyawa itu.

Petugas barisan hadapan yang juga benteng terakhir dalam memerangi wabak tersebut berhempas pulas dan mempertaruhkan nyawa bagi memastikan penularan terkawal.

Menurut Pakar Sosial, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, bukan semua orang berkebolehan untuk menjadi petugas barisan hadapan.

"Tidak semua orang boleh berkorban dan melakukan apa yang mereka lakukan.

"Sebagai contoh, polis terpaksa bertugas tanpa cuti demi menjaga sempadan, doktor-doktor pula terpaksa melupakan keluarga di rumah demi menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, banyak cara boleh dilakukan oleh orang awam untuk menghargai jasa petugas barisan hadapan.

"Cara paling mudah ialah dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

"Bagaimanapun, masih ada lagi golongan yang ingkar sehingga menyebabkan penularan wabak ini," ujarnya.

Justeru kata beliau, orang ramai perlu saling membantu dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo berikut.

Sumber: Kosmo Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Rakyat Perlu Bersatu Putuskan Pandemik

ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2020 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM