Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Op Ambang Tahun Baharu Polis Kl Keluar 372 Saman Sita 10 Motosikal

Published: 03 Jan 2023 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Januari 2023 - JSPT KL mengeluarkan 372 saman pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 di 26 lokasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh ibu negara awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-ambang-tahun-baharu-polis-kl-keluar-372-saman-sita-10-motosikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:32 MYT
Kuala Lumpur, 1 Januari 2023 - JSPT KL mengeluarkan 372 saman pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 di 26 lokasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh ibu negara awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis KL, DCP Dato' Yahaya Othman berkata, ia adalah hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.

"Sebahagian besar pemeriksaan malam ini dibuat ke atas kenderaan jenis motosikal iaitu sebanyak 619, diikuti kereta (171), van (19) dan jeep (32). Seramai 848 individu pula telah diperiksa dalam operasi berkenaan, dan 10 motosikal disita kerana ubah suai struktur kenderaan," katanya.

Beliau berkata, selain itu 12 individu berumur dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan melakukan aksi berbahaya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kl-keluar-372-saman...

Sumber: JSPT KL dan Berita Harian Online

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing, motorcycle, outdoors and text

May be an image of 7 people and motorcycle

May be an image of 6 people, people sitting, people standing, road and text that says 'JSPT KUALALUMPU'


ArticlePublished 03 Jan 2023 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM