Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Mini Zoo Haram Digempur

Diterbitkan: 03 Jan 2023 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Januari 2023 - Sengaja undang nahas apabila semakin ramai individu dikesan mengubah suai kediaman menjadi 'mini zoo' haram dengan mengumpul pelbagai spesies hidupan liar dilindungi secara tidak sah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-mini-zoo-haram-digempur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:45 MYT
Kuala Lumpur, 1 Januari 2023 - Sengaja undang nahas apabila semakin ramai individu dikesan mengubah suai kediaman menjadi 'mini zoo' haram dengan mengumpul pelbagai spesies hidupan liar dilindungi secara tidak sah.

Rata-rata pemilik yang menjadikan alasan hobi membela haiwan liar didapati memasang kandang khas di sekitar rumah untuk menempatkan pelbagai haiwan liar ini.
Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dibongkar susulan operasi khas Op Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia di beberapa kediaman dikenal pasti.

Terbaharu, pihaknya menyerbu sebuah kediaman di Balik Pulau, Pulau Pinang pada Khamis lalu sebelum menahan pemilik rumah berusia 60-an.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan menemui seekor burung murai batu, dua ekor burung dendang selayang, seekor burung punai daun, seekor burung merbah luris leher, seekor burung kelicap kunyit, dua ekor burung helang siput dan seekor burung tiong mas.

"Turut dirampas tiga ekor kura-kura giant pond, seekor kura-kura black marsh turtle, dua ekor kura-kura katup, seekor kura-kura red-eared slider dan empat ekor landak nibong," katanya,

Beliau berkata, semua spesies hidupan liar yang disimpan tanpa lesen itu dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 5 people and text that says 'hidupan Oleh Anbia Denin anbia@hmetro.com.my Kuala umpur engaja undang nahas individu nen- dilindungi UBAH

ArtikelDiterbitkan 03 Jan 2023 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM