
Article
Posting Pilihan Mdn Pengerusikan Mesyuarat Exco Mcpf Di Putrajaya
Putrajaya, 12 Jun 2023 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (M...
Putrajaya, 12 Jun 2023 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini, semalam.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi MCPF, IG Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi bersama Naib Pengerusi Kanan MCPF, Dato' Sri Ayub Yaakob dan Naib Pengerusi MCPF, Dato’ Sri Dr. Lim Chin Fui.
Perjalanan mesyuarat adalah berkaitan pelantikan barisan Pengerusi MCPF Negeri serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap di peringkat pusat yang baharu serta amanat MDN untuk melihat kepelbagaian program berimpak tinggi demi membantu agensi-agensi penguatkuasa dan Kerajaan dalam menurunkan kadar jenayah negara, sekaligus memastikan kesejahteraan orang ramai terjamin.