Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Berjaya Sekat Transaksi Rm28 Juta Helah Sindiket Penipuan

Diterbitkan: 12 Jul 2023 2.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.22 PM
Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Kecekapan pihak berkuasa mengesan sebelum menyekat urusan transaksi wang berjaya mengelakkan wang berjumlah lebih RM28 juta milik sebuah syarikat tempatan daripada lebur akibat ditipu sindiket.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-berjaya-sekat-transaksi-rm28-juta-helah-sindiket-penipuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT
Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Kecekapan pihak berkuasa mengesan sebelum menyekat urusan transaksi wang berjaya mengelakkan wang berjumlah lebih RM28 juta milik sebuah syarikat tempatan daripada lebur akibat ditipu sindiket.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penipuan sindiket menggunakan taktik “business email compromise” (BEC) itu pada 6 Julai lalu.

“Siasatan mendapati syarikat mangsa yang berpangkalan di Malaysia berurusan dengan sebuah syarikat luar negara untuk mendapatkan bekalan gas petroleum cecair (LPG) sejak Januari lalu.

“Pada 24 Jun lalu, syarikat (mangsa) menerima e-mel daripada syarikat pembekal yang mengarahkan pembayaran dibuat ke akaun baharu,” katanya.

Dato’ Sri Ramli berkata, syarikat mangsa hanya menyedari ditipu sindiket apabila syarikat pembekal yang sebenar memaklumkan masih belum menerima pembayaran terbabit.

“Bertindak atas maklumat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia

dan institusi kewangan berkenaan menjejak wang yang dipindahkan itu.

“PDRM berjaya menyekat sejumlah RM28.36 juta daripada dipindahkan ke akaun bank di luar negara,” katanya memaklumkan siasatan ianjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2023 2.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.22 PM