Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Mdn Hadir Majlis Perasmian Hppk Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Published: 03 Nov 2024 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Butterworth, 3 November 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-hadir-majlis-perasmian-hppk-peringkat-kebangsaan-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:11 MYT
Butterworth, 3 November 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, di sini semalam.

Majlis itu sebagai simbolik tanda penghargaan serta pengiktirafan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil atas sumbangan mereka terhadap ekonomi negara.
Datuk Seri Saifuddin Nasution seterusnya memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Statistik Negara dan Ulang Tahun 75 Jubli Intan Jabatan Perangkaan Malaysia yang juga diadakan di lokasi sama. Ia merupakan entiti penting dalam ikhtiar pembangunan negara melalui polisi penting serta holistik dalam menguruskan sistem data terkini.
Kedua-dua majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pada sebelah petang pula telah berlangsung Program Temu Anwar - Generasi AI (Ada Idea) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai, yang antara lain turut diadakan sesi ramah mesra bersama golongan belia dan masyarakat setempat.

Turut hadir, Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri serta barisan Ketua Setiausaha Kementerian.

ArticlePublished 03 Nov 2024 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM