Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Projek Rintis Teknologi Digital Perhebat Pemantauan Dron Di Sempadan

Diterbitkan: 03 Nov 2024 5.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.48 PM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-projek-rintis-teknologi-digital-perhebat-pemantauan-dron-di-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:07 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PROJEK RINTIS TEKNOLOGI DIGITAL PERHEBAT PEMANTAUAN DRON DI SEMPADAN

Kangar, 3 November 2024 - Sebuah projek rintis sedang dipersiapkan di satu pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Chuping dan Padang Besar sebagai langkah pengawalan daripada dicerobohi.
Sistem itu akan menggunakan dron untuk memantau sempadan dan menghebahkan sebarang pencerobohan kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, Kementerian Dalam Negeri pada ketika ini sudah memilih PGA Briged Utara untuk menguji sistem yang dikenali sebagai projek rintis teknologi digital kawalan sempadan.
“Seiring dengan kemajuan teknologi termasuklah penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau 'artificial intelligence', penugasan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Perlis sudah memasuki tahap lain dan tidak hanya bergantung kepada kawalan fizikal semata-mata.
“Teknologi digital kawalan sempadan ini akan menggunakan teknologi dron untuk memantau sempadan. Sistem ini akan diuji pada pertengahan bulan ini dengan menggunakan teknologi dron dari Turkiye.

“Dalam masa sama, PGA sedang bekerjasama dengan unit dron Pasukan Gerakan Udara polis bagi melakukan tinjauan udara,” katanya ketika ditemui ketika wawancara sempena setahun pentadbiran beliau sebagai Ketua Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2024 5.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.48 PM