
Artikel
Posting Pilihan Lawatan Kerja Timbalan Ksu Pengurusan Ke Cadangan Tapak Balai Polis Rantau Panjang Dan Pos Kawalan Pga
Rantau Panjang, 23 Disember 2020 - Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negara (KDN), Dato' Ramlan Harun telah mengadakan lawatan kerja ke...
Rantau Panjang, 23 Disember 2020 - Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negara (KDN), Dato' Ramlan Harun telah mengadakan lawatan kerja ke cadangan tapak Balai Polis Rantau Panjang, di sini, semalam.
Dalam rangka lawatan tersebut, beliau turut melawat Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pak Teh Kana dan Kompeni Taktikal (KOMTAK) Jeram Perdah, Pasir Mas yang dilanda banjir setiap kali menjelang musim tengkujuh di negeri Pantai Timur itu.
Lawatan rasmi itu antara lainnya bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas projek penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di kedua-dua premis milik Polis Diraja Malaysia, supaya ianya dapat memberi keselesaan dan manfaat kepada pegawai serta anggota bertugas selain meningkatkan tahap keselamatan di sempadan negara dari dicerobohi pihak musuh.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Dato' Hajah Rahmah Haji Ramli dan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat.