Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kayu Gaharu Bernilai Rm2 Juta Dirampas

Diterbitkan: 23 Dec 2020 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Serdang, 23 Disember 2020 - Kegiatan sebuah syarikat yang berselindung di sebalik aktiviti pemprosesan cuka kayu getah bagi memproses kayu gaharu secara haram terbongkar selepas polis menyerbu tiga buah premis di Taman Puncak Jalil, dekat sini pada Selasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kayu-gaharu-bernilai-rm2-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:37 MYT
Serdang, 23 Disember 2020 - Kegiatan sebuah syarikat yang berselindung di sebalik aktiviti pemprosesan cuka kayu getah bagi memproses kayu gaharu secara haram terbongkar selepas polis menyerbu tiga buah premis di Taman Puncak Jalil, dekat sini pada Selasa.
 
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan Razali Abu Samah berkata, syarikat memproses kayu gaharu secara haram tersebut dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu.

"Kita merampas 10 batang pokok gaharu, 16 guni habuk kayu gaharu, 37 tong cecair dan kulit kayu gaharu seberat 10 kilogram, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM2 juta," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Selasa.

Tuan Razali berkata, pihaknya menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri berusia 30 hingga 50 tahun dalam serbuan kira-kira jam 8.30 pagi.

Beliau berkata, seorang lelaki yang merupakan pemilik premis berusia 58 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Kayu-gaharu-bernilai... Sumber: 
Sinar Harian

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2020 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM