
Posting Pilihan Lawatan Kerja Pengarah Pengurusan Ke Ipd Penampang
Penampang, 21 Julai 2020 – Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato' Abd Rahim Jaafar telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini.
Kehadiran beliau yang disambut mesra oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Mazli Mazlan bersama Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim itu bertujuan membincangkan berkenaan naik taraf IPD Penampang dan Balai Polis Putatan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), SAC Tuan Mohd Alwi Zainal Abidin dan Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Tuan Zabidi Md Zain.
Sumber: POLIS Daerah Penampang